Tuesday 14 July 2015

YES!!! Masa yang ditunggu telah tiba


SkyRides Festivals Park Putrajaya

holaaaaa

korang tau tak ada belon panas kat putrajaya?
sila baca kat SINI
aku tau sebab ada je masuk newsfeed fb nie
maka...kiranya malam tu istimewa skit
Hari Ulang Tahun Timah aiiiii
maka ayoh laa kita terbang ke awan biru

Tiket promosi katanya RM38 dewasa dan kanak-kanak RM30
Masa aku datang tu..tak ramai orang
lengang jek...
tunggu sat je..terus terbang
kami bertiga ngan ada famili tu dalam 4 orang

haaaaa ni yang bestnya
ko boleh tawaf dalam tu..xde halangan
dalam tu macam bentuk cincin...
tengah-tengah tu berlubang untuk tali tarik dia naik atas bawah
kita ni..boleh pusing-pusing keliling tu
keliling dia tu...ada jaring..so tak de la orang yang terjun

rasa macam lama jugak kat atas tu
tapi memang tak gayat laa
ke sebab malam..tak berapa nak takut sangat
tapi makcik sorang tu..dok keras kat tepi..tak bergerak langsung

nasib baik malam tu cuaca elok
so..nampak la pemandangan putrajaya waktu malam
cuma...tangkap gambo guna hp je..so kualiti memang out la kan
takpe..gambo tak berapa penting..
yang penting..kita simpan dalam hati..huhuhuhu

ok jom layan gambo kelabu asap aku

hai...akak baru nak terbang nie

pemandangan belon dari jauh

putrajaya di waktu malam

ruang menunggu

ok laa ada awek ni..kasi budak2 x bosan menunggu

pemandangan lagi

dan lagiiii

belon dari jauh

Monday 13 July 2015

Turkiye: Throwback

Tetiba macam nak tulis balik pasal turki
Sebagai kenangan ... apa yang baik apa yang kurang baik di negara orang
Itu la tujuan utama kita bermusafir..tengok dan nilai cara hidup orang
lain orang lain budaya nyaa..lain ragamnya
mana yang baik..kita boleh ikut
mana yang kurang baik..jadikan teladan
tak gituuuuuu

1. Tak boleh lepak surau airport
saya ni jarang melancong ke luar negara
setakat ASEAN dekat-dekat tu adalah..tapi jarang...jarang
so..bila berjalan jauh ni..sampai di airport kamal attarturk di penghujung subuh
rushing solat..lepas tu plannya nak berehat
iye laa..nak check in hotel pun lambat lagi kan
tetapi..rupa-rupanya..harapan hampa
kata laa subuh abis pukul 6 (contoh ye..sebab aku dah lupa segala info pasal timing2 ni.hehhe)
baru nak baring-baring...dah cleaner datang
dia nak kemas surau
aisehhhh..potong stim betul laaa
kalau kita kat malaysia..ko kemas/cuci je laaa
sana tak boleh ko...dia pandang je ko sampai ko blah
hahahhaha
ingatkan nak la buat toya..memang tak de harapan
penyudahnya..kami terpaksa keluar dari surau dia yang memang cantik dan bersih ittewwww
ooh..dalam surau tu jumpa banyak orang malaysia..hehehe
ramainya melancong ke turki ye

2. IstanbulKard
memandangkan terpaksa meninggalkan surau awal..
maka kami mengambil keputusan untuk pergi ke guesthouse awal
nak berjalan pun payah sebab beg berat dan segala bagai
ayoh...ke hotel kita
oooooh mari beli IstanbulKard dulu.
memang ada di airport..
Tapi ingat...PASTIKAN ADA DUIT KECIL (COINS)
jangan jadi macam kami..duit kecik tapi tak de coins
dah kelam kabut kan depan mesin tuuuu
dicampur pula dengan orang yang nak pergi kerja
dicampur lagi dengan ada mamat ni hendak menolong..tapi dengan cara yang agak mencurigakan
issshhhh..dah la baru sampai..
kenapa ko mengganggu gugat kewibawaan aku sebagai pengurus tiket?? hahahhaha
keje senang macam ni pun jadi susah..
nasib baik akhirnya berjaya
**sebenarnya baru nak tune dengan istanbul.. banyak mende panic...nak masukkan kad pun panic. dah la kad dia boleh share lebih dari sorang. tak macam kad kita
Tempat beli Istanbulkard

Dalam train.


3. Sesat
Ikutkan, dari stesten Sultanahmet ke Marmara Guesthouse tu...dalam 1km kot
ke kurang..aku dah lupa
tapi disebabkan 1st time kan..nak baca map pun x berapa lepas
dah tak tau nak menuju ke mana
tanya-tanya orang
di tunjuknye ke sana...tanya orang lain..tunjuk ke situuuu
denggggg
dah la sejuk nak mampssss.... kan snow baru turun
snowflakes tu melekat2 kat baju ioulllsss
siap angin bertiup kencang lagi...kata tepi laut marmara kan
turun bukit naik bukit
dengan seret beg lagi..memang ketara laa ciri2 pelancong sesat...
ntah berapa lama kami sesat pun aku dah lupa..aku rasa lebih sejam kot
akhirnya kami kembali ke stesen tu balik.
agaknya rupa kesesatan kami ni agak ketara
tiba-tiba Allah bukakan hati sesesorang untuk tolong kami dan dia boleh speaking english
fuhhh lega
dia hantar kami selamat sampai ke pintu guesthouse...alhamdulillah
** moral: sila keluarkan alamat hotel jika baru sampai ke sesebuah negara. sebab apa yang keluar dari mulut kita tak sama ngan slang depa kan.
berjalan dalam cuaca sejuk snow dan ujan pun kami dah tak tahuuuuuu


4. Apa jadi kalau sampai hotel/guesthouse awal
kalau kat sini, ko dtg awai kat hotel...nganga laa sampai bilik available kan
kalau nasib baik..dapat masuk awai...kalau dak..tunggu  la sampai pukul 3
kat Turkiye, kami sampai awai sangat
memang sebelum pukul 12 laaaa
sebab dah lepas subuh datang nya kan
ada sekali tu, kami sampai gelap lagi dari Kapadokya ke Istanbul
dah sampai awai..melepak la kat lobi dia yang kecit tuuu
yang bestnya, dia ajak lepak kat cafe
siap ajak makan...fuhh..korang pernah merasa mcm tu kat sini?
aku tak pernah
kat Istanbul cenggitu, kat kapadokya pun sama
dua-dua ajak breakfast sekali
lega sangat..sebab memang lapar kan..hahahha
bilik tu..memang ko kene tunggu sampai available..tak leh nak buat apa laa

5. Senyap
post lepas kan aku citer kene sound pasal bising kat bilik
boleh baca kat SINI
rasanya memang rakyat Turki ni pendiam
kalau korang naik train..semua diam jek
yang bising cuma kami..
waktu kat restoren pun..semua diam diam jek
yang kecoh...cuma kami
pi hospital pun tenang jek..x de yang kecoh
hahha..so aku buat kesimpulan memang mereka pendiam
atau lebih elok dipanggil berhemah



Thursday 9 July 2015

MUFLIS???

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah bersabda:

أتدرون ما المفلِسُ ؟ قالوا : المفلِسُ فينا من لا درهمَ له ولا متاعَ . فقال : إنَّ المفلسَ من أمَّتي ، يأتي يومَ القيامةِ بصلاةٍ وصيامٍ وزكاةٍ ، ويأتي قد شتم هذا ، وقذف هذا ، وأكل مالَ هذا ، وسفك دمَ هذا ، وضرب هذا . فيُعطَى هذا من حسناتِه وهذا من حسناتِه . فإن فَنِيَتْ حسناتُه ، قبل أن يقضيَ ما عليه ، أخذ من خطاياهم فطُرِحت عليه . ثمَّ طُرِح في النَّارِ

Yang lebih kurang maksudnya:

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?”

Para sahabat menjawab:  “Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak mempunyai wang atau pun harta benda.”

Lalu Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:  “Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada Hari Kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina orang, menuduh orang, memakan harta orang lain, membunuh dan memukul orang.  Lalu diberi segala pahala amal-amalnya itu kepada orang yang pernah dia zalimi ketika di dunia.  Jika telah habis pahalanya sebelum dapat dibayar kepada orang yang dizaliminya, maka dosa-dosa orang-orang yang dizaliminya tersebut akan dilemparkan kepadanya pula, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam Api Neraka!”

(Hadith Riwayat Muslim)

nauzubillahiminzalik

Tuesday 7 July 2015

Koleksi Dessert

hahahhaa
mak hover...
lepas koleksi menu berbuka puasa
dengan poyonyaa...ada pulak koleksi dessert..
koleksi kata kaaaauuuuuu
kau mampu??? 
mesti cepwan muntah hijo kalau dia baca nieee


aku ni suka sebenonya masak-masak pencuci molot ni
sebab aku suka mende manis2..simple2
maka..lihat la doniaaaaa apa yang kumasak

Bubur Kacang dalam peroyok..hehhee
Bubur ni sedap *okmatiklaapujidirisendiri
Serius sedap..lemak manis secukup rasa
Mak makan sorang jek
Laki mak tak gemo

Tepung Pelita Tak Jadiiiiii
Ok
Ni cerita sadisss
Kat fb byk orang share menu tepung pelita
tengok macam senang giler
maka..gigih la aku memasak
tapi kenapa ko nye tepung pelita pelik????
uwaaaaaaaaaaaaaaaa
ok. pertama. Aku ingatkan ada pewarna hijau
rupanya tak de..yang ada cuma perisa pandan
pi keluar umah..kot jiran ada pandan...yilek pulakkkk
maka..gigih laa masak jugak sebab semua bahan dah ready

sekali...
bahan dia tu..macam nak buat kenduri
boleh jamu 10 orang kot
ok..tak pe lagi
bila telan...langsung tak sedap
paling berdosa adalah perisa pandan tuu
cap nona...rasa ubat ko..bukan pandan
dengggggg!!!!!!!!!
mak tertekan
serius tak mampu nak makan
aku banned perisa pandan nona
akhirnya 2 bekas besar tepung pelita menyembah tong sampah
maafkan dakuuuuu
eh..nona..nona...jgn marah..perisa pandan je saya banned...tepung nona tetap terbaek okeh.

Ciskut Sedap
Ok cheese biskut ni sedap
simple sangat buatnya
aku buat selang seli nestum dan milo
laki mak pun suka..mak hepi

Sago Gula Melaka
Ni paling kacang dan sedap
nampak..mak dah ada pewarna hijauuuu
hehehhehe...baru la cantik ghittew
sago tu je leceh nak kacau nak tapis
yang lain..pejam mata jek

Sekian
Selamat Menjamu Selera

Monday 6 July 2015

Koleksi Menu Berbuka Puasa

Ramadan Kareeem

Amboi
Semua orang tayang menu berbuka puasa
yang makan buffet tu lagi laaaa...harus katanya

Hari ni dah 19 Ramadan
Alhamdulillah...baru sekali berbuka kat luar
dan 2 kali berbuka di kampung
selainnya...saya masak
iyee...saya masak sendiri
dan baru sekali pi bazar ramadan..semalam

Alaah
Aku masak simple2 jek
kurang sejam semua dah siap

meh tengok apa aku masak
tapi korang tahan je mata tuuu
bukan..bukan sebab korang pasti terliur
sebab korang mesti sakit mata
hahahahha
aku jenis suka pakai pinggan free
makanyaaa...corak pinggan campo-campo
ateee...x reti aku nak buang pinggan
halal la yeee


sambal udang dan terung goreng kicap

asam pedas, sotong bakar, tu belen kari kemarin pun ada ..hehh

Ikan merah 3 sweet sour, ikan terubuk goreng, ulam kobis ngan sambal belacan

Sup tulang, ikan goreng dan sayo goreng, budu

Daging dendeng, udang tepong, ulam dan budu

Kari bawal dan daging masak kicap

Kari tulang, sayo, ikan goreng dan budu
Simple je kan
aku bukan reti sangat masak
tapi lepas laa untuk laki aku makan

korang perasan tak ada je budu
laki mak..tetiba jadi peminat budu
dulu kemain geli.. la ni..hari2 mau..
mak layan kan jek
best apa..sebab tak payah nak menumbuk cili
potong2..siap
sekelip mata jek...i likeeeee

Sekian
hari ni nak masak sambal sotong je laaa

Thursday 2 July 2015

Soal-Jawab: Ilmu Al Quran

Ni saya terima dalam whatapps group.
best gak kan
tak de la asek tanya berapa hantaran retis A? Bila retis B bercerai? Berapa helai baju retis C beli..
langsung xde pekdahnya kan

Ce cuba jawap...dari 31 soklan..berapa betul?
aku memang teruk laa..sob..sob..sebab tu taruk kat sini..supaya boleh baca selalu

Jom menjawap!!

1. S : Berapa jumlah Surah dlm al-Qur'an ?
    J : 114 Surah

2. S : Berapa jumlah Juz dlm al-Qur'an ?
    J : 30 Juz

3. S : Berapa jumlah Hizb dlm al-Qur'an ?
    J : 60 Hizb

4. S : Berapa jumlah Ayat dlm al-Qur'an ?
    J : 6236 Ayat

5. S : Berapa jumlah Kata dlm al-Qur'an ?, dan Berapa Jumlah Hurufnya ?
    J : 77437 Kata, atau 77439 Kata dan 320670 Huruf

6. S : Siapa Malaikat yang disebut dlm al-Qur'an ?,
    J : Jibril, Mikail, Malik, Malakulmaut, Harut, Marut, Al-Hafazoh, Al-Kiromulkatibun, HamalatulArsy, dll.

7. S : Berapa Jumlah Sajdah (ayat Sujud) dlm al-Qur'an?
    J : 14 Sajdah

8. S : Berapa Jumlah para Nabi yg disebut dlm Al-Qur'an ?
    J : 25 Nabi

9. S : Berapa Jumlah Surah Madaniyah dlm al-Qur'an ?, sebutkan.
    J : 28 Surah, al-Baqoroh, al-Imron, al-Nisa" al-Maidah, al-Anfal, al-Tawbah, al-Ra'd,
         al-Haj, al-Nur, al-Ahzab, Muhammad, al-Fath, al-Hujurat, al-Rahman, al-Hadid,
         al-Mujadilah, al-Hasyr, al-Mumtahanah, al-Shaf, al-Jum'ah, al-Munafiqun,
         al-Taghabun, al-Thalaq, al-Tahrim, al-Insan, al-Bayinah, al-Zalzalah, al-Nashr.

10.S : Berapa Jumlah Surah Makiyah dlm al-Qur'an ?sebutkan.
     J : 86 Surat, selain surah tersebut di atas.

11.S : Berapa Jumlah Surah yg dimulai dgn huruf dlm al-Qur'an ?
     J : 29 Surah.

12.S : Apakah yg dimaksud dgn Surah Makiyah ?, sebutkan 10 saja.
     J : Suarah Makiyah adalah Suarah yg diturunkan sebelum Hijrah, seperti : al-An'am,
          al-Araf, al-Shaffat, al-Isra', al-Naml, al-Waqi'ah, al-Haqqah, al-Jin, al-Muzammil, al-Falaq.

13.S : Apakah yg dimaksud dgn Surah Madaniyah? sebutkan lima saja ?
     J : Surah Madaniyah adalah Surah yg diturunkan setelah Hijrah, seperti : al-Baqarah, al-Imran,
          al-Anfal, al-Tawbah, al-Haj.

14.S : Siapakah nama para Nabi yg disebut dlm Al-Qur'an?
     J : Adam, Nuh, Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub, Musa, Isa, Ayub, Yunus, Harun, Dawud,
          Sulaiman, Yusuf, Zakaria, Yahya, Ilyas, Alyasa', Luth, Hud, Saleh, ZulKifli, Syuaib,
          Idris, Muhammad Saw.

15.S : Siapakah satu-satunya nama wanita yg disebut namanya dlm al-Qur'an?
      J : Maryam binti Imran.

16.S : Siapakah satu-satunya nama Sahabat yg disebut namanya dlm al-Qur'an?
     J : Zaid bin Haritsah.

17.S : Apakah nama Surah yg tanpa Basmalah?
     J : Surah at-Tawbah.

18.S : Apakah nama Surah yg memiliki dua Basmalah?
      J : Surah al-Naml.

19.S : Apakah nama Surah yg bernilai seperempat al-Qur'an?
      J : Surah al-Kafirun.

20.S : Apakah nama Surah yg bernilai sepertiga al-Qur'an?
      J : Surah al-Ikhlas

21.S : Apakah nama Surah yg menyelamatkan dari siksa Qubur?
      J : Surah al-Mulk

22.S : Apakah nama Surah yg apabila dibaca pada hari Jum'at akan menerangi sepanjang minggu ?
      J : Surah al-Khafi

23.S : Apakah ayat yg paling Agung dan dlm Surah apa?
     J : Ayat Kursi, dlm Surah al-Baqarah ayat No.255

24.S : Apakah nama Surah yg paling Agung dan berapa jumlah ayatnya ?
     J : Surah al-Fatihah, tujuh ayat.

25.S : Apakah ayat yg paling bijak dan dlm surah apa?
     J : Firman Allah Swt :" Barang siapa yg melakukan kebaikan sebesar biji sawi ia akan lihat,
          Barang siapa melakukan kejahatan sebesar biji sawi ia akan lihat, Surah al-Zalzalah ayat 7-8.

26.S : Apakah nama Surah yg ada dua sajdahnya ?
     J : Surah al-Haj ayat 18 dan ayat 77.

27.S : Pada Kata apakah pertengahan al-Qur'an itu di Surah apa ? ayat no Berapa ?
     J : وليتلطف Surah al-Kahfi ayat No. 19.

28.S : Ayat apakah bila dibaca setiap habis Shalat Fardhu dpt mengantarkannya masuk ke dalam surga ?
     J : Ayat Kursi.

29.S : Ayat apakah yg diulang-ulang sbyk 31 kali dlm satu Surah dan di Surah apa ?
     J : Ayat  فبأي آلاء ربكما تكذبانِ ) pada Surah al-Rahman.

30.S : Ayat apakah yg diulang-ulang sbyk 10 kali dlm satu Surah dan di surah apa ? Apakah ayat ini ada juga disebut dlm surah lainnya? Di Surah apa ?
     J : Ayat ( ويل يومئذ للمكذبين ) pada Surah al-Mursalat, juga ada dlm Surah al-Muthafifin
ayat No. 10.

31.S : Apakah Ayat terpanjang dlm al-Qur'an ? pada Surah apa? Ayat berapa?
     J : Ayat No 282 Surah al-Baqarah.