Monday 16 May 2016

Scandinavia Trip 2016 - Part 4 - Hello Iceland!!!

Good Morning Iceland!!!

Hari ni bangun dengan semangat yang lebih membaraaaaaa. Berdebar sebenarnya sebab nak pergi hiking. Celik je mata terus jeling jendela..Alhamdulillah langit cerah..terang benderang. Bukak hp tgk weather, dijangka cerah ye..tiada salji. Harap-harap laa cerah sampai ke balik nanti..hehe

Ok jom mandi pagi. Haaa..lupa nak cerita. Air kat rumah ni berbau sikit. Eh sikit ke banyak? hahah. agak banyak sebenarnya terutama bila guna air panas. oohhh ..tak sanggup rasanya nak gosok gigi cuci muka mandi..tahan je laa..Untuk makluman, kan Iceland ni tanah gunung berapi, so penuh dengan geothermal. Macam kalau kita pergi Bandung..Tangkuban Perahu tu..bau macam tu laa. Itu la uniknya Iceland. Cuaca dia ekstrim...salji dan geothermal berlawanan. Maka terhasillah muka bumi yang superb ini.

Selepas makan pagi..kami decide nak pusing-pusing area rumah kami ni. sementara nak tunggu Helena sampai. ye laa..kami hanya kat sini cuma 3 hari 3 malam sahaja, maka kena penuhi setiap saat dengan penuh manfaat. heeeeeeeee

Jom jalan. Wah...cantiknya kawasan apartment kami. Semalam cuaca suram je..tak nampak sangat. hari niee...Masya-Allah. Kawasannya aman, tersusun dan comel-comel. Tak banyak kereta dan tak ramai orang. Menurut kata driver kami, memang orang ada-ada je yang duduk banglo kat Rey  ni. Kalau bujang atau yang kurang mampu, baru duduk kat aparment pinggir bandar Rey. Dan lagi satu..sini tak berapa banyak trafic light. Macam kami yang sesuka hati nak melintas, kereta lagi sebatu dah slowkan kereta. hahaha. tapi mereka memang hormat pejalan kaki. takde bunyi hon ke apa. Tapi lepas kes pertama, kami cari laa zebra crossing tu...jangan bawa perangai buruk kat negara orang ye.

Disebabkan rakyatnya tidak ramai..sekitar 300k je kot kat area Rey, kerajaan dia menggalakkan rakyatnya kawen awal. Semua driver / guide kami kawen awal. Tapi semua juga single parent (tutup mulut). Selain itu, banyak juga skim yang kerajaan dia perkenalkan. Macam biasiswa sambung belajar, beli rumah dan lain-lain. Eh...kalau salah fakta aku ni..ampun kan laa..sebab aku ni tak sekolah orang puteh..mungkin salah tafsir..heheh. Tapi orang kat Iceland ni semua boleh berbahasa Inggeris dengan baik sangat. 

Dah..dah..jom cuci mata. Mostly gambar ni main tangkap je sepanjang perjalanan kami..so tak tau laa apa motifnye.




Ni pemandangan dekat dengan harbour.

Ni pemandangan dekat dengan harbour

Cinema?? tak tahu betul ke cinema ataupun hanya nama

tu dia apartment kami...huhhuhu

Ni pemandangan dekat dengan harbour

Ni wajib singgah tauuu...Sun Voyager
Sun Voyager is sculpture by Jón Gunnar Árnason. Sun Voyager is a dreamboat, an ode to the sun. Intrinsically, it contains within itself the promise of undiscovered territory, a dream of hope, progress and freedom- Wikipedia.
Memula ingatkan tulang ikan..hahahah ...rupanya kapal derrrr

Sebenarnya...sepanjang di Iceland ni..disarankan jangan tidur dalam kereta. Duduk tepi tingkap dan pandang luar saja. Sebab pemandangan dia sangat luar biasa. Sekejap bergunung ganang, ada salji ada yang tiada..sekejap nanti laut..lepas tu padang rumput (mereka tanam gandum..masa winter..dah kosong). Semua menakjubkan. Dok laaa wowwwww woooooooooooooooo aaarrrrrhhhhhhhhhhhh. 

Pit Stop pertama: Laxa i Kjos
Berbelit nak sebut..senang sebut laksa je la korang..heheh
Sangat jernih..cantik...tengok gambar bawah ni..hati siapa yang tak cair. tu baru guna hengpong je. kalau guna dslr, menangis dalam hati.


sungai yang mengalir

gunung yg stunning

jalan ini kami yang punyaa..seronok melompat-lompat kat sini

lagi-lagi pemandangan

Pit Stop kedua: Glymur
Di sini kami akan mendaki..errrrk..mendaki di bukit bersalji ni..mampukah??
katanya sesuai untuk beginner..belasah je laaa

Glymur, with a cascade of 198 m, is the second-highest waterfall in Iceland. It was long regarded as the tallest waterfall in Iceland until being surpassed by a newly measured waterfall near Morsárjökull in 2011 - Wikipedia

Dibekalkan spike...sangat membantu

cantik sangat pokok ni macam berkilauan ada ice-ice kecil kena plak dengan sinaran mentari

Bismillah..jom start mendaki

Semua nya cantik di mata...gambar ni pun x sama dengan pemandangan sebenar.

ni dah separuh perjalanan ni 
ada plak gua skit...masa ni agak sereeeem sebab dia macam curam. angin sesekali kencang tu yg paling makan hati

the cave...hehe
Salah satu keadaan semasa mendaki

ada sungai plak..

acah-acah nak melintas
Masa sampai sungai ni..dah saspen. kot la kena melintas. saspen bukan sebab sungai dia deras ke apa. sebab tak sanggup nak basahkan kasut. Dah la sejuk giler. Berangin lagi. Nasib baik Helena bawak route lain..legaaaa.
Sepanjang perjalanan tu Helena suh try minum air sungai tu..eh bukan sungai yang besar ni..kita sungai kecil / mata air. Ya Allah sedap giler rasa dia..fresh dia sangat lain macam.

Sepanjang pendakian tu, awal-awal senang je..sebab dia macam mendatar..kalau ada tinggi pun macam broga tu. Kira macam terkawal la. Paling sengsara pada aku, adalah 50meter terakhir. Sebab dia agak curam. Dah la curam lepas tu berangin sangat. rasa nak tertanggal hidung dia punya sejuk tu. Makanya..kat atas tu agak kurang laa gambarnya..sbb tak mampu nak keluarkan tanganpun..

Kesian kawan aku sorang tu. Dia dah la tak pernah hiking. jalan slow-slow je dia. Nasib la Helena tu sangat baik dan bersabar. Takde nak buat muka ke apa. Apa yang keluar dari mulut dia sangat berhemah. Akhirnya kawan aku pun selamat sampai ke puncak...yeeeeaaahhhh

Sudah sampai..hahaha...air terjun pun hampir beku
 
tu dia air terjun dia

kat sini kami menumpang duduk sekejap

Dah..jom turun

Tadi bersih sekarang dah kotor...takpe la. Janji dah selamat mendaki dan turun.

Masa turun lagi makan masa. Bukan sebab aku tak larat. Aku biasa-biasa je la. Sebab kawan aku tu..dia dah sakit kaki. Kami sampai kat bawah dalam pukul 2-3 petang. Kira lewat laa..kalau mat salleh tu, berlari naik ngan turun je. Lepak sat kat bawah lepas tu terus naik jeep. Helena kata..nanti akan singgah kat Taman Negara. Kat situ boleh lepak lagi. Dalam jeep kami bukak Brahims. Makan laa sikit buat alas perut. Sebenonya dah penat sangat tak berapa lalu nak makan. dah la brahims tu sejuk..lagi la potong.

Rasa jauh plak dari Glymur ke Pingvellir National Park tu. Sampai je sana terus serang toilet dia..Ok. Inilah kali pertama aku jumpa toilet bayar guna kad kredit. Tapi elok juga, sebab aku langsung tak tukar Icelandic Krona (ISK). Tak ingat berapa kena. Sebab macam rushing masuk toilet tu kan. Tapi yang best adalah aku menitiskan air mata apabila menerima statement cc tuu..RM8++ uollss. uwaaaaa.

Tapi memang cantik la tandasnya. Pemandangan je dah win. Bersih jek.

Tandas di Pingvellir National Park yang bikin hati merana
Basuh tangan sambil memandang keluar
Dah lepas settle hal toilet..jom jalan. Kat sini terletaknya bangunan parlimen. Jom baca sikit apa citer tempat nie.

Situated on the northern shore of lake Þingvallavatn, Þingvellir is the national shrine of Iceland. It is, for one, a key location in Icelandic history as the oldest existing parliament in the world first assembled there in 930 AD. Þingvellir has for this reason been designated a UNESCO World Heritage Site.          
Besides being a location of historical significance, Þingvellir is also protected as a national park due to its unique geology and natural features. Almannagjá is a canyon formed between two tectonic plates, a visual representation of continental drift.
Sekitar national park
Jernih sangat air ni. Yang berkilauan tu duit. orang baling dalam tu.
Tectonic benua America dengan Europe ni cantik sangat. Memang sangat unik muka bumi kat sini. Katanya setiap tahun akan bergerak dalam 2cm ke inci gitu. Emm tak reti la nak terangkan. Yang pasti amat stunning area sini.

Ada plak air terjun, aku rasa macam tempat lain. Tapi serius aku dah lupa. hahahahha. Air terjun ni tempat yang sama ke lain. Tapi gambar sikit je kot. Sejuk + berangin + penat. Sampai tak larat rasanya nak berposing. Tapi area ni sangat-sangat cantik.

Adeh....rupanya gambar aku dah bercampur gaul. lantak laa. Baru dapat recall balik lokasi gambar ni. Yang air terjun tu namanya Gullfoss. Sebenarnya cantik sangat air terjun ni. tapi tu laa..camera aku cap ayam. Tak dapat digambarkan dalam gambar nie.

Gullfoss is a waterfall located in the canyon of the Hvítá river in southwest Iceland. Gullfoss is one of the most popular tourist attractions in Iceland - Wiki

Tempat yang berasap tu pulak Sudurland. Tempat geysir tu.

Geysir, sometimes known as The Great Geysir, is a geyser in southwestern Iceland. It was the first geyser described in a printed source and the first known to modern Europeans. The English word geyser derives from Geysir - Wiki

Kat Geysir ni, walaupun penuh dengan air panas, tapi cuaca ya ampun. sejuk nak mati. aku memang tunggu tengok dia meletus sekali je...lepas tu cecepat lepak kat kedai dia. Dalam tu ada cafe, kedai dan tandas. Dengar je Helena kata free, terus pergi sedangkan tak la kritikal sangat. Ambil wuduk terus. Asalnya dalam jeep tadi dah amik wuduk guna mineral water tapi tak confident nak solat. Sebab arah kiblat ke belakang seat. Macam susah. Lagipun masa winter, magrib masuk pukul 8 lebih. kiranya asar lambat. tu yang tangguhkan. Sementara tunggu kawan-kawan lain, minum kopi dulu dengan makan croissant. emmm sedapnyaaaaa la melawan cuaca sejuk kat luar tadi.

Oh ya. Kan ada kedai. Kawan-kawan aku semua nasihatkan nak beli cenderamata, beli kat sini jek. sebab nanti takut tak sempat. Aku dengan yakinnya, pergi la membelek dan terus beli. Iceland kan....wajib la beli. Aku beli fridge magnet, gelas kecik dan loceng satu. Harga dia aku tak pasti sebab dalam ISK. Tapi yang pastinya aku dapat borang VAT....What???????? dapat VAT...isssh mesti melampau rege dia ni..pasrah je laa walaupun dalam hati merintis pilu.  Tapi masa balik tu, dia Kef Airport, sempat aku jeling-jeling harga di airport lagi murah. So, kalau korang ke Iceland, beli sahaja dia airport ye. Contohnya satu FM harga 900ISK. Di airport dalam 700ISK.. tu je la pesanan dariku untukmu. Aku bagi contoh cenderamata FM je la ye. Yang lain tu aku tak pasti samada murah ke mahalnya.


Lepas minum, kami menuju ke Secret Lagoon. Dalam jeep tu aku solat. First time solat dalam kereta / jeep. Nasib baik masa tu kiblat memang mengadap ke hadapan tempat duduk. Tak la susah nak solat. Sampai je Secret Lagoon, kami terus tukar baju. Sebab dia tutup pukul 7pm rasanya. Kami sampai dalam pukul 6.30 gitu. Memula dia macam tak bagi masuk sebab dah nak tutup, akhirnya Helena pujuk-pujuk, dapat lah kami masuk. Kena bayar 20eu.

Best giler kot mandi air panas. Lega sangat sebab kan dah bangun awal pagi, hiking lagi, berjalan non-stop. Rasa macam eeeemmmmmmmmmmmmmmm aaaahhhhhhhhhhhhhhhhh. Rasa ia pilihan yang tepat berbanding Blue Lagoon. Kata Helena, semua budak-budak di Iceland pandai berenang. Dan kebanyakan mereka ada kolam lebih kurang macam ni kat rumah masing-masing. Ye laa..sebab air kat sana semuanya air panas. Cuma tahap kepanasan tu je yang berbeza.

Allah dah aturkan yang terbaik untuk manusia. Walaupun cuaca Iceland extreme. Sejuk sepanjang tahun tetapi Dia kurniakan air panas untuk manusia meneruskan hidup.

Secret Lagoon - ehsan google

Selesai mandi, kami meneruskan perjalanan untuk aurora hunting bagi malam kedua. Lokasinya aku tak tahu...lupa. Yang pastinya rasa segar lepas mandi hot spring tu rupanya sekejap je. Badan aku macam kontra. Sebab dah letih sangat..lepas tu kena air panas, terus sakit sendi-sendi aku. Masa tu jeep berhenti..tunggu aurora..aku berkelubung dengan selimut. Dah tengok forecast..dijangka takde aurora sebab percentage rendah je..memang pun. dari petang tadi macam berawan je. Aku rasa aku tido. Tak tau berapa lama menunggu tu. Bila dia kata balik je..aku yang happy sebab dah tak larat sangat-sangat. Dah ditakdirkan kami tak dapat nak repeat tengok aurora malam tu. Apapun syukur sebab semalam dah dapat tengok kan.

Sampai je apartment, aku terus sapu minyak panas, koyok segala mende kat badan. Nak makan pun tak selera. Tapi aku makan jugak sikit sebab nak makan acti-fast. Solat isya je terus zzzzzzz. Sebelum tu, kawan-kawan aku uruskan nak mendobi. Apartment ni kan macam rumah, ada la washing machine. disebabkan aku ala-ala sakit kus-kus, kawan aku la yang turun uruskan hal baju semua. Kan kotor kasut, socks, glove masa hiking tadi. campur baju basah mandi hotspring tadi. terima kasih korang. Tapi bilik dia ni macam tak cukup panas. Heater dia pun kurang berfungsi. Selalu kalau letak socks ke kasut ke dekat heater...sejam dua dah kering. Ini tak kering-kering.

Kesimpulannya, di bawah ni la trip kami untuk hari tu. Penat sangat tapi berbaloi sangat. Dan berakhirlah perkhidmatan Helena pada kami...uwaaaa...sedih sangat. Helena ni sangat baik. So kami amat rekomen dia. Dalam tripadvisor pun ramai yang puji dia. Kira sangat-sangat beruntung menggunakan perkhidmatan dia.

Golden Circle Tour : lebih kurang 320km


Selamat malam Iceland!!!

Post terdahulu:
  1. Introduction
  2. Persiapan
  3. Part 1
  4. Part 2
  5. Part 3

No comments:

Post a Comment