Friday 1 July 2016

Scandinavia Trip 2016 - Part 12 - Kembali ke Copenhagen

Hari Terakhir di bumi Scandinavia

Terakhir??? Ohhh maknanya trip ini akan berakhir. Alahaiii sayunya. Setiap yang bermula pasti berakhir. Kena terima hakikat yang kita akan kembali ke sarang. 

#throwback
Sampai di CPH agak lewat. Sekitar 8 malam di lapangan terbang. Disebabkan sudah agak pandai dengan airport dan central station di sana, semuanya berjalan lancar. Kami menginap di hotel yang sama iaitu City Hotel Nebo. Apabila masuk ke dalam bilik, tengok cuma ada satu katil queen dan 1 sofa bed. Sepatutnya ada 4 tilam lah. Call abang reception tu, rupanya mereka lupa untuk siapkan katil tersebut. Dia ajar untuk buka sofa bed sebab itu akan menjadi katil. Dah...satu hal pulak. Kami usahakan juga..tapi tak berjaya. Terpaksa call lagi abang reception tu. Dia naik dan selamatkan keadaan. Fhewwwww. Kemudian kami dan rendam nasi dalam sinki. Dah tersumbat pulak. Adehh. Sekali lagi abam kena selamatkan kami. Oh ya. Kali ini, kami dapat attached bathroom. So senang lah nak mandi ke apa. Tak perlu keluar bilik. Bila dah nak start mandi..baru sedar yang tuala tidak cukup. Maafkan kami abam...harap-harap ini yang terakhir menyusahkan awak. Siapa suruh korang tak prepare betul-betul. Heeeeee


Kami mulakan pagi dengan perasaan bermalas-malasan. Agak lewat kami check-out. Beg ditinggalkan di lobi hotel. Jimat duit. Niatnya mahu jalan-jalan cari cenderamata buat kali terakhir. Bila tiba di dataran (bersebelahan dengan Tivoli), terlihat keretapi ini. Tetiba juga teringin nak naik sedangkan niat asal nak berjalan-jalan saja. Maka, terpaksa menabur DKK65. Jom laa..nak merasa kan pusing-pusing pekan naik keretapi. 

Keretapi unik untuk pusing pekan.

Ramai yang dah berani berniaga di luar premis

Walaupun cerah, kami masih tidak teringin aiskrim ini. 


Ke mana-mana ceruk laa dia bawa kami

Matahari memancar dengan 7 dahjah celcius

Setiap kali di pit stop, dia akan turun dan memberi penerangan

HOHO Bus

lihat...ramaikan yang dah berani berniaga di luar premis

Semua bergumbira

Terang dan ceria

Ramai yang keluar dari sarang

Cafe tumbuh dengan banyaknya

Salah satu lorong

basikal kenderaan utama di sini

Penuh dengan manusia

Kalau lihat orang membawa payung kuning ini bermakna anda boleh ikut dia. Free-Tour-Guide

Cruise seperti yang kami naiki pada hari pertama sampai di CPH tempoh hari
 
Menyanyi dan bergendang dengan gumbira

Sangat comel dan cantik. Harga tidak diketahui.

Eh dah abis. Secara jujur, aku rasa agak membazir naik train itu. Lebih baik jalan kaki. Tapi kan tadi dah kata pasrah. Kenapa awak mengungkit?? Hahahhahaha. Saja terkenangkan. Saya tidak membeli banyak cenderamata. Ke tidak beli langsung...lupa. Sebab duit Danish Krone abis dah. Maka, melihat-lihat saja. Tiada kekesalan sebab harga di sini agak terbunuh nafsu. 

Setelah selesai, kami menaiki train untuk ke airport. Flight pukul 3.35 petang. Wowwww. Kami agak terkejut kerana airport penuh dengan orang. Kena queue panjang. Dia punya panjang memang giler. Rasanya hampir 500meter. Ke agak melampau 500 meter tu. Tapi serius panjang. Nasib baik lah perkhidmatan kaunter dia agak cekap. Walaupun panjang, ianya berjalan lancar. Disebabkan kami sampai agak lewat dan kena queue panjang, tiada masa untuk berpoya-poya di airport. Nak menjeling barangan di sana pun tak sempat. Terus ke pintu masuk. Agak kecewa sebab niat dihati ingin shopping di airport sebab ada beberapa barangan yang diketahui agak murah. Pasrah untuk kesekian kalinya.

Bye-bye Copenhagen. Bye-bye bumi Scandinavia. Terima kasih untuk pengalaman yang tak dapat ditukar ganti. Lebih kepada pembuka ruang minda. Almaklumlah, ini kali pertama aku sampai ke Europe. Kalau Turki dianggap Europe, maka ini kali kedua. Kalau tidak kerana pelawaan kawan aku, entah zaman bila lah aku dapat ke sini. Aku dah la tidak seberani mana untuk travel seorang diri. 

Menaiki Emirates kali ini, kami pilih seat di upper deck pulak. Oh rupanya di atas lagi happening. Ada locker di tepi tingkap. Seat hanya dua-empat-dua di mana ia lebih selesa. Dan tidak dilupakan tandas nya yang lebih besar beserta kerusi yang sedikit bilangannya. Terasa agak privasi sedikit. #jakunsebenarnya


locker tepi tingkap

Lunch kami yang sangat sedap (baca: lapar giler kot). Berdoa kawan aku tak makan salmon, rupanya langsai jugak..haha

Terbayang kesedapannya

Kami tiba di Dubai pukul 12 malam. Ohh bertambah sedih sebab kena berpisah dengan 2 orang lagi kawan aku. Mereka akan meneruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Aku singgah di Dubai untuk 3 hari lagi.  Lepas peluk cium, aku berjalanlah seorang diri mencari makna kehidupan. heheh. Maka, Tamatlah perjalanan saya di bumi Scandinavia ini untuk tempoh 11hari. 

Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment