Wednesday 29 June 2016

Scandinavia Trip 2016 - Part 11 - Oslo yang panas

Assalamualaikum

Hari ke sepuluh.
Cuaca di Oslo sangat baik. Sangat memihak kepada kami. Walaupun terang menderang dan cahaya matahari memancar-mancar, tetapi janganlah kita terpedaya. Suhu masih 1 darjah celcius dan kami masih tidak mampu untuk tidak memakai jaket.

Pukul 9 lebih kami telah keluar dan pergi ke hadapan Central Station berhampiran dengan statue Harimau. Di sini terdapat agak ramai gipsi dan pelancong. Setelah 8 hari kami tenang, Oslo pencetus ummah..eh pencetus suasana ramai orang. Mungkin musim bunga/panas yang bakal menjelang. Maka semua rakyat bergumbira.

Kelihatan terdapat free-tourist guide bersedia pukul 10. Kami ambil keputusan untuk turut serta. Aku dah survey berkenaan dengan free-tourist guide ini. Maka, percaya sedikit. Free tetapi diakhirnya dia minta tips. Maka berilah seikhlas hati.

Seperti negara Scandinavia yang lain, bandar mereka tersusun dan rupa bentuk bangunan mereka hampir sama sahaja. Susah aku nak ingat nama bangunan tersebut. Menariknya Oslo, terlampau banyak arca / statue. Malahan, teksi-teksi (baca: seksi) belaka. Menurut kata mereka, setelah bersejuk sekian lama, terbungkus dengan jaket, tibalah masanya mereka dapat melupakan jaket seketika. Boleh plak begitu. Heheh. Budaya masing-masing kan. 

Tempat menarik di sini semuanya walking distance. Kami juga berapa kali ntah tawaf di hadapan harbour dan HRC. Nasib baiklah cuaca sejuk dan tidak berpeluh. Ditambah dengan semangat tourist di dalam jiwa. Hehe.

Memandangkan post ini merupakan post bergambar, maka marilah kita semua mencuci mata. Jom!!!

Pemandangan di sekitar Oslo

Opera House dari kejauhan ditemani sinaran mentari

Join free-tour. Tourist guide tu dari Rusia

Lagi-lagi Opera House

Harbour Promenate

Borsen - Bangunan Stock Exchange. Ada cerita disebaliknya tapi saya tak focus pada cerita minah tu

Di sini banyak arca. ini gambar tangan

Salah satu arca


Saya suka capture gambar ini.

Ini di atas bukit. Ada tembok apa ntah.

Cherry Blossom baru nak keluar. Seminggu selepas balik tengok dalam internet dah penuh berbunga
Lupa lagi nama bangunan ni

Boleh aku lupa sungguh nama muzium ni. Dalam dia penuh gambar cenggituuuu
Ni lagi. Tak tahu nak menilai seni aku kalau dah gambo cenggini

Pemandangan dalamnya. Lukisan penuh dinding je. Tapi sebenarnya kosong saja dalam dia

Cantikkan penutup septik ni. Unik. Rasanya patut Malaysia pun ikut sama

Grand Hotel

University of Oslo

banyak arca cenggini kat sana. Sila tutup mata
The harbour

Sekali dia tulis arab daaa...tak fahampun. Saja je amik gambar

Masa ni abam police ke navy ke sedang berlatih kecemasan gamaknya
Pemandangan dari atas bukit

Norwegian Armed Forces Museum

Norwegian Armed Forces Museum

Pintu masuk ke Opera House - Operaen

Cantik plak mende ni tersusun

Sempena Esther Hol..hiasan dalam Opera House
Unik

Cantik dan unik kan

Dalam tandas pun nak enterprem. Nampak lawa je

hahaha pintu tandas pulekkk

Opera House
Opera House

tak tahu apa namanya..dia berada di luar Opera House

Harbour

Pemandangan Harbour dari atas Opera House

Comel je rumah burung merpati dia

Penunjuk arah

Jalan-jalan cari cenderamata

The Trolls

Royal Palace

Dah nak start berbunga..ni menuju ke Royal Palace

Jumpa pulak akak polisi berkuda depan HRC Oslo

Johan Sverdruv (1816-1892) - Perdana Menteri Norway yang pertama

Carl Johan Gate - Sebenarnya lorong/jalan. Kelihatan ramai orang di Oslo

City Tour di Oslo dikira berjaya dan menggembirakan hati. Teringat kes di Stockholm di mana cuaca hujan dan sejuk yang mencengkam. Terima kasih Allah di atas nikmat yang diberikan. Tiba masa untuk berangkat. Kami akan kembali ke Copenhagen menaiki kapal terbang. Pergi ke Central Station, beli tiket semacam ERL ke airport. Amat terkejut apabila melihat harga tiketnya NOK180. WHATTTTT!!!!!!!! Sakitnya tu disini. Sila pasrah. Apabila naik, sangat lah sekejap dan tidak berbaloi dengan harganya. Di sini juga semuanya layan diri. Tak mengapa. Alhamdulillah semuanya lancar. Airportnya besar dan selesa. Masih banyak masa. Kami mencari sudut untuk solat jamak. Ok. Sini bermulalah drama swasta minggu ini.

Selesai solat, sorang kawan aku nak ke toilet untuk memerut. Maka, kami bertiga jalan dulu di gate. Janjinya tunggu depan gate. Apabila sampai di gate, flight sebelum kami (katakan pukul 4 delayed). Flight kami pukul 6 seperti yang dijadualkan. Agak confused juga sebab ingatkan dia akan lepaskan yang pukul 4. Rupanya tidak. Semasa kami sampai di gate tu, gate dah open dah ramai dah queue. Memandangkan dah last call, kami beratur masuk. Call kawan aku lagi sorang. Tak dapat. Masa ni dah dup dap dup dap. Ok kami selamat masuk. Tetapi kawan aku tak muncul-muncul sehingga orang terakhir masuk. Muka memasing dah panic masa ini. Pergi terjah pada paramugari yang bertugas. Kata kat dia yang kawan kami lagi sorang tak masuk lagi. Sambil tersenyum dia suruh duduk aje. Bila kapten bagi tau pintu dah tutup dan akan terbang tak lama lagi, kami dah tak mampu berbuat apa. Tapi memang panic bercampur baur. Macam mana laa kalau dia tertinggal. Dah la akan sampai malam di Copenhagen. 

Tetiba, di saat akhir...betul-betul saat akhir. Kawan aku muncul. YA ALLAH. Lega dia hanya tuhan yang tahu. Dia duduk di seat lain. Maka tidak dapat bergosip.

Rupanya, semasa kami dah masuk tu. Tak lama kemudian, kawan aku sampai. Tetapi masa tu, notice di gate telah tukar flight lain. Kawan aku ingatkan flight kami tu tak check in lagi. Dia lepak je depan gate tunggu kami. Disebabkan suasana kecoh diluar disebabkan flight delayed tu, ada la minah tu tanya kawan aku flight bila. Bila dia cakap flight tu dah masuk, terus kawan aku gabra jumpa minah kaunter tu. Memula dia tak bagi masuk sebab pintu dah tutup. Nasib baik minah salleh tu tolong kepohkan bagi pihak kawan aku. pung-pang-pung-pang, akhirnya kawan aku diberi masuk. Memang rezeki. 

Ini kes jadi bila tiada announcement last call ke apa ke. semua bergantung pada notice board tu. hehehhe..Ada juga baik buruknya kan. Jadi pengajaran. Kena rajin bertanya juga pada minah kaunter gate tu. Tu pun nasib baik ada minah. Selalunya mesin jek. Apapun lega sebab kawan aku tak kena tinggal. heeeeeeeeeeeee

Oslo Central Station - Menunggu keretapi ke lapangan terbang
NOK180 = RM80++ = SENTAP!!!

Selamat datang ke Oslo Airport (yang penuh drama)

Selamat  tinggal Norway. Negara yang indah dan aman. Saya berdoa agar dapat kembali ke bumi ini lagi. Insyaallah.

Post terdahulu:
  1. Introduction
  2. Persiapan
  3. Part 1
  4. Part 2
  5. Part 3
  6. Part 4
  7. Part 5
  8. Part 6
  9. Part 7
  10. Part 8
  11. Part 9
  12. Part 10

No comments:

Post a Comment